Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

 

Pengetua/Guru Besar,

( seperti lampiran ) 

Tuan,

 

KHIDMAT TURUN BANTU PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) NEGERI PERAK TAHUN 2018

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Pengurusan MSSPK Bil.2/2018 bertarikh 5 April 2018 di SMK Proton City, Tanjung Malim memutuskan untuk memperkasakan semula Program Pusat Latihan Daerah (PLD) negeri Perak.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi khidmat turun bantu kepada sekolah PLD di bawah tadbiran tuan.

4.      Sekolah PLD juga hendaklah mengemaskini data jurulatih dan atlet murid di PLD menerusi laman sesawang (http://ispts.bsukanspmoe.com/) serta melengkapkan borang instrumen pemantauan Pelaksanaan PLD yang disertakan bersama-sama ini.

5.      Kerjasama dan sokongan tuan diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Tuan Mohd Fakrul Nizan bin Tuan Kamarudin di talian 05-2423727 /019-5963116 atau Encik Ahmad Shukri bin Mohamad Badaruddin di talian 05-2423727 / 019-5732719.

 

Sekian,terima kasih.

 

Usit Sukan,

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Joomla SEF URLs by Artio