maltepe escort kartal escort http://gncsesli.com manavgat side escort tuzla escort ankara escort partner escort ankara eryaman escort sincan escort kartal escort maltepe escort ataşehir escort ümraniye escort kartal escort bayan maltepe escort maltepe escort ümraniye escort ataşehir escort ataşehir escort escort bursa bursa bayan escort escort istanbul bursa escort escort izmir istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat kayaşehir escort escort istanbul istanbul escort bayan halkalı escort ataşehir escort istanbul escort istanbul escort istanbul escort bayan
KESELAMATAN PERLINDUNGAN KE ATAS ASET KERAJAAN SEMASA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI 2018 - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak

Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

Tuan,

 

KESELAMATAN PERLINDUNGAN KE ATAS ASET KERAJAAN SEMASA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI 2018

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Hari Raya Aidil Fitri  akan disambut pada 15 hingga 17 Jun 2018. Berkemungkinan besar penjawat awam akan mengambil kesempatan untuk bercuti rehat sepanjang minggu tersebut.

3.    Sehubungan itu, semua Ketua Sektor dan Pegawai Pendidikan Daerah diberikan peringatan supaya bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah kawalan keselamatan perlindungan di Jabatan masing-masing dilaksanakan mengikut keperluan sepertimana yang termaktub di dalam Arahan Keselamatan dan Arahan-arahan lain yang berkaitan yang telah ditetapkan. Disamping itu, sebelum bercuti, langkah-langkah khas berikut hendaklah juga dilaksanakan seperti berikut :-

      3.1    Semua penjawat awam perlu bertanggungjawab terhadap persekitaran tempat tugasan masing-masing dan memastikannya dalam keadaan baik dan selamat;

      3.2    Semua bangunan, pejabat, bilik stor, pusat data, pintu, tingkap dan sebagainya dipastikan ditutup dan dikunci dengan selamat;

      3.3    Semua aset alih khususnya dokumen penting dan dokumen rahsia rasmi disimpan dan dikunci dalam peti-peti keselamatan yang ditetapkan;

      3.4    Semua penjawat awam perlu log off komputer, suis dimatikan, pemacu cakera dikosongkan, peranti mudah alih disimpan dan dikunci dengan selamat mengikut peraturan keselamatan ditetepkan;

      3.5    Semua lampu, penyaman udara, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan ditutupkan bagi mengelakkan kemusnahan daripada kebakaran;

      3.6    Sistem keselamatan fizikal CCTV, Kad Akses, Penggera Ceroboh, Penggera Kebakaran dan lain-lain peralatan keselamatan fizikal telah diselenggara dan dipastikan berfungsi dengan baik; dan

      3.7    Pengawal keselamatan yang bertugas perlu bersiap sedia melaksanakan tugas rondaan, kawalan dan pemantauan teliti serta melaporkan sebarang insiden atau kegiatan yang mencurigakan mengikut SOP yang ditetapkan kepada Ketua Jabatan, PKJ, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan lain-lain pihak berkuasa berwajib bagi mendapatkan bantuan termasuk bantuan teknikal apabila berlaku sebarang kecemasan.

4.    Besarlah harapan sekiranya tuan dapat bersama-sama bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan perlindungan melindungi aset kerajaan khususnya dokumen rasmi yang penting dan dokumen terperingkat semasa tempoh cuti perayaan tersebut.

 

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

 

(DATO' HAJI MAT LAZIM BIN IDRIS, DPMP, AMP)

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

 

Guvenilir Bahis Siteleri istanbul escort istanbul escort istanbul escort atasehir escort beylikduzu escort istanbul escort Go to top

temizlik şirketleri epoksi