Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri perak

Semua Pengetua dan Guru Besar
Negeri Perak

 

Tuan,

ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN (TNA) BAGI PERKHIDMATAN BUKAN GURU (PBG) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Modul Analisis Keperluan Latihan (TNA) bagi warga kerja Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) telah ditambahbaik di dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM. Input TNA ini akan digunakan untuk perancangan program latihan kepada warga kerja PBG.

3.     Sehubungan dengan itu, dipohon semua warga kerja PBG dibawah seliaan tuan untuk mengisi Soal Selidik tersebut / Mengemaskini pengisian dipautan https://splkpm.moe.gov.my bermula pada 23 Mei 2018 sehingga 22 Jun 2018.

Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM bertarikh 22 Mei 2018 untuk tindakan dan makluman pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (Surat TNA.pdf)Surat TNA.pdf[ ]340 kB
Go to top