evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat nakliyat depolama nakliye

Semua

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.

Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Negeri Perak.

 

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL APLIKASI TEORI ADLER DALAM KES REMAJA SALAH LAKU SIRI 2/2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Lembaga Kaunselor Malaysia akan menganjurkan Bengkel di atas yang akan dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ruhani binti Mat Min, Timbalan Dekan ( Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel ini bertujuan membantu kaunselor memahami Teori Adler, perkembangan diri individu, mengaplikasi Teori Adler dalam membantu remaja serta merangka program perkembangan menggunakan teori ini.

Pihak KPM dan JPN Perak tiada halangan untuk membenarkan pegawai kaunseling unit HEM dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah untuk menghadiri bengkel tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di ruangan "attachment".

Sekian, terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Murid

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (11072018 001.jpg)11072018 001.jpg[ ]723 kB
Download this file (11072018_1 001.jpg)11072018_1 001.jpg[ ]903 kB
Download this file (11072018_2 001.jpg)11072018_2 001.jpg[ ]601 kB
Go to top