Semua Ketua Sektor
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak

Semua Pengetua dan Guru Besar
Negeri Perak

 

Tuan,

HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN & AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM (SAHConfEd18) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan & Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran peringkat Kebangsaan seperti ketetapan berikut;

                                           Tarikh          :      9 Hingga 10 Oktober 2018 (Selasa - Rabu)
                                           Tempat        :      Dewan Bukhari, IPGK SAH
                                            Masa           :     8.30 am - 5.00 petang
                                            Tema           :     "Memacu Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berteraskan Ilmu"
                                            Rujukan      :      http://www.ipsah.edu.my

Sehubungan dengan itu, pihak institut telah menjemput semua warga pendidikan yang berminat untuk turut serta dalam seminar berkenaan. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Disediakan oleh;

Moderator,
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

 

Attachments:
Download this file (SURAT DARI IPG SG.PETANI.pdf)SURAT DARI IPG SG.PETANI.pdf[ ]88 kB
Joomla SEF URLs by Artio