Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah
Negeri Perak.

Tuan/Puan,

MODUL PERTUKARAN DALAM SISTEM E-PRESTASI BAGI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1.    Sukacita dimaklumkan Modul Pertukaran dalam sistem e-Prestasi bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) akan diaktifkan dan ditutup pada 30 Ogos 2018. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan perlu melaksanakan pertukaran tersebut melalui sistem e-prestasi (https://eprestasi.moe.gov.my) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

 

  1. Bersama-sama ini disertakan juga beberapa dokumen yang berkaitan seperti yang tersebut dibawah untuk rujukan pihak tuan/puan:

 

          3.1     Surat Arahan Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak

          3.2     Panduan Pengguna e-Prestasi Pertukaran Guru Sekolah

          3.3    Senarai PPD dan Sekolah yang masih belum mengambil tindakan

 

  1. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh dirujuk kepada Puan Yamuna A/P Rama Loo di talian 05-5015065 / 016-5959172, Encik Mohd Saiful Maula Ab. Rashid 05-5015302 / 017 5613910 atau Puan Zaliaha Binti Mohd. Asari 05-501 5271/ 019-4949528. 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Penilaian Tahap Kompetensi,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak. 

Attachments:
Download this file (MODUL PERTUKARAN 1.pdf)MODUL PERTUKARAN 1.pdf[ ]660 kB
Download this file (MODUL PERTUKARAN 2.pdf)MODUL PERTUKARAN 2.pdf[ ]687 kB
Download this file (MODUL PERTUKARAN PEGAWAI.pdf)MODUL PERTUKARAN PEGAWAI.pdf[ ]1192 kB
Download this file (SENARAI PPD.zip)SENARAI PPD.zip[ ]3647 kB
Joomla SEF URLs by Artio