evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat nakliyat depolama nakliye

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

RUNNINGMATH NEGERI PERAK 2018 : MAKLUMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Managemnet Science University (MSU) akan mengadakan pertandingan tersebut seperti ketentuan berikut:

       Tarikh    : 22 September 2018
       Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
       Tempat : SMK Sultan Yussuf
                     Batu Gajah, Perak

3.     Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dijemput untuk menyertai pertandingan ini. PCG mata pelajaran atau Kumpulan Wang SUWA boleh digunakan untuk pembayaran yuran pertandingan. Maklumat berkenaan pertandingan dan borang penyertaan boleh dimuat turun pada ruangan 'Attachment' di bawah.

4.     Syarat penting pertandingan ialah:
        4.1. Bilangan peserta ialah 8 orang satu kumpulan.
        4.2. Kesemua peserta terdiri dari murid Tingkatan 5 sahaja.
        4.3. Yuran pertandingan ialah RM100 satu pasukan.
        4.4. Bayaran yuran adalah secara TUNAI SAHAJA dan dibayar semasa hari pertadingan.

        Borang penyertaan boleh dimuat turun dari ruangan 'Attachment' di bawah dan perlu diemel sebelum 14 September 2018 kepada:
        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5.     Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122.

Sekian. Terima kasih.

En. Zahran bin Zamzuri
Penolong Pengarah Matematik
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Go to top