Semua Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri/Badan Berkanun Negeri Perak Darul Ridzuan

Pengerusi-Pengerusi Biro & Daerah

Ahli-Ahli Jawatankuasa Negeri

Semua Ahli PUSPANITA Negeri Perak

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS HI-TEA "SANJUNGAN BUDI KASIH LESTARI" ANJURAN PUSPANITA NEGERI PERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa, PUSPANITA Negeri Perak akan menganjurkan pada ketetapan berikut :

                              Tarikh         :     25 Oktober 2018 (Khamis)

                              Masa           :     2.00 petang - 5.00 petang

                              Tempat       :     Hotel Casuarina @ Meru,Ipoh

                              Bayaran       :     RM 15.00 seorang

                              Tema           :     Hitam Merah

3.     Sehubungan dengan itu, semua Mantan-Mantan Pengerusi, Pengerusi Biro, Pengerusi Daerah, Ahli-ahli Jawatankuasa Negeri dan Ahli-Ahli PUSPANITA Negeri Perak adalah dijemput hadir. Setiap daerah wajib menghantar 10 orang. Kehadiran terbuka kepada 350 orang sahaja. Ahli-ahli PUSPANITA yang berminat untuk menghadiri majlis ini hendaklah membuat pengesahan kehadiran sekali dengan pembayaran kepada Urus Setia negeri selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2018.

4.    Mohon kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memberikan pelepasan kepada nama seperti di Lampiran untuk menghadiri majlis ini sepertimana yang terkandung di dalam arahan Perintah Am Bab C para 42(a).

5.     Surat jemputan dan borang pengesahan kehadiran boleh dimuat turun di ruangan attachment.

6.     Segala perhatian YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

                        

 

 

Joomla SEF URLs by Artio