Semua Ketua Sektor,
Semua Ketua Penolong Pengarah / Ketua Unit,
Semua Ketua Unit Kecil
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak

Tuan,

LAPORAN DATA REKOD PERIBADI (PENDIDIKAN) DAN PROFIL PERKHIDMATAN SERTA SENARAI NAMA YANG TIDAK CAPAI KPI SUBMODUL PERISYTIHARAN HARTA DI DALAM SISTEM HRMIS BAGI  PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SEHINGGA 5 NOVEMBER 2018

2. Merujuk perkara di atas, hasil semakan Unit HRMIS mendapati terdapat segelintir senarai nama yang masih belum melengkapkan pengemaskinian Integriti Data (Profil Perkhidmatan dan Pendidikan) dan Peristiharan Harta pada 31 Oktober 2018 yang lepas.

3. Sehubungan itu, dilampirkan laporan data rekod peribadi (pendidikan) dan profil perkhidmatan serta senarai nama yang tidak capai KPI submodul perisytiharan harta di dalam sistem HRMIS yang terkini untuk tindakan seterunya.

4. Semua eleman data yang tidak berintegriti perlu dibuat pembetulan melalui ID Pentadbir HRMIS (JPN/PPD/Sekolah) masing-masing kecuali data yang melibatkan Pendidikan. Data yang berkaitan dengan Pendidikan haruslah dikemaskini oleh individu tersebut dan disahkan oleh Pentadbir HRMIS (JPN/PPD/Sekolah) masing-masing.

5. Pohon juga kepada Pentadbir HRMIS (JPN/PPD/Sekolah) untuk mewujudkan Profil Perkhidmatan setelah mewujudkan ID baharu bagi guru-guru/AKP di dalam sistem HRMIS. Semua pembetulan dan pengemaskinian bagi Integriti Data dan Perisyitharan Harta perlu diambil tindakan selewat-lewatnya pada 23 November 2018 TANPA GAGAL. Kegagalan pemilik kompetensi untuk menyelesaikan semua perkara tersebut di dalam sistem HRMIS, akan menyebabkan Peratusan Pencapaian KPI HRMIS bagi Jabatan Pendidikan Perak menurun.

6. Sekiranya tindakan dari pemilik kompetensi untuk menyelesaikan semua perkara tersebut di dalam sistem HRMIS telah dilaksanakan, sila abaikan laporan seperti dilampiran.

 

Sekian, terima kasih.

Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

Go to top