Pengetua/ Guru Besar,
Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.

Tuan,

Jabatan Audit Negara (JAN) sedang melaksanakan kajian pelaksanaan Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai status, prestasi capaian dan masalah-masalah perkhidmatan 1BestariNet serta penggunaan Virtual Learning Enviroment di sekolah.

3. Bagi tujuan tersebut, pihak JAN ingin mendapatkan maklum balas daripada guru-guru berhubung perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 yang digunakan di sekolah-sekolah.

4. Maklum balas tersebut dibuat secara soal selidik secara dalam talian melalui pautan http://goo.gl/forms/l9EQcaprUgdxsFOu1

5. Mohon kerjasama semua guru untuk menjawab soal selidik tersebut sebelum 23 November 2018 (Jumaat)

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,


NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
Tel. Pejabat : 05-292 4933 (samb. 125) | Faks : 05-292 4115

Go to top