Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

KEBERADAAN PENGETUA DAN GURU BESAR DI SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PEPERIKSAAN AWAM KENDALIAN LEMBAGA PEPERIKSAAN DAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk surat Pekeliling Mengenai Peperiksaan Awam Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/99 bertarikh 26 Ogos 1999.

2.     Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia mengendalikan pelbagai jenis peperiksaan awam. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan memandang serius berkenaan aspek pengendalian dan kelancaran peperiksaan-peperiksaan tersebut agar tidak timbul sebarang isu penyelewengan dan kebocoran kertas peperiksaan.

3.     Sehubungan itu, semua Pengetua dan Guru Besar selaku pengurus peperiksaan peringkat sekolah diminta supaya sentiasa bertugas dan berada di sekolah sepanjang tempoh peperiksaan awam berkenaan diadakan di sekolah masing-masing.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan

Go to top