Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak
Tuan,
STATISTIK PENCAPAIAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN ( LNPT ) DI DALAM SISTEM HRMIS BAGI PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SEHINGGA 02 DISEMBER 2018
Merujuk perkara di atas, mohon kepada yang masih belum menyelesaikan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) didalam sistem HRMIS bagi tahun 2018 untuk menyelesaikannya di dalam sistem HRMIS TANPA GAGAL selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Disember 2018 (Isnin) . Kegagalan pemilik kompetensi untuk menyelesaikan semua perkara tersebut di dalam sistem HRMIS,akan menyebabkan Peratusan Pencapaian KPI HRMIS bagi Jabatan Pendidikan Perak menurun.
2. Berikut disertakan Laporan statistik pencapaian Laporan Penilaian Prestasi Tahunan ( LNPT ) di dalam sistem HRMIS untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan