Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah  Negeri Perak

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah  Negeri Perak

Tuan,

PERINGATAN MESRA : PENGEMASKINIAN DATA TIDAK BERINTEGRITI DIDALAM SISTEM HRMIS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bilangan 2 Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Oktober 2018. Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat berkenaan, Pentadbir HRMIS dikehendaki untuk mengemaskini semua Data Tidak Berintegriti sebelum 31 Oktober 2018. Peringatan untuk mengemaskini Data Tidak Berintegriti juga telah diberikan, namun laporan sehingga 4 Disember 2018 menunjukkan masih terdapat Data Tidak Berintegriti yang belum selesai.

3. Dukacita dimaklumkan juga, Task Force Pengemaskinian Data Tidak Berintegriti telah dilaksanakan pada 26, 29 – 30 November dan 3 Disember 2018 bertempat di Unit HRMIS,JPN dan masih terdapat Pentadbir HRMIS Sekolah (Rujuk seperti di Lampiran) yang tidak hadir serta tidak menyelesaikan data tidak berintegriti tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

4. Sila muat turun lampiran yang dilampirkan untuk tindakan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

Joomla SEF URLs by Artio