SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
NEGERI PERAK

 

Tuan,

SEMAKAN DAN PENGEMASKINIAN DATA PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) NEGERI PERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan, Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengemaskini maklumat dan bilangan data PPP yang masih BELUM mengikuti Program Transformasi Minda (PTM).

3.     Sehubungan itu, mohon kepada semua guru lantikan baharu/pentadbir sekolah untuk menyemak senarai nama PPP lantikan baharu (sekolah masing-masin) yang masih belum mengikuti PTM di dalam senarai yang dilampirkan. Sila pastikan semua maklumat adalah betul. Sebarang pindaan sila hubungi Pn. Faizah binti Hamsin ditalian 05-5015274 bagi tujuan pengemaskinian data.

4.     Sekiranya maklumat PPP dari sekolah tuan tiada di dalam senarai yang dilampirkan, sila layari link (google form) tersebut untuk membuat permohonan PTM :

                                                      https://tinyurl.com/PERMOHONAN-PTM

      **Mohon semak/mohon sebelum 14 Disember 2018 supaya tiada maklumat yang tercicir.

Sekian, terima kasih

 

Disediakan oleh :

Moderator,
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

Joomla SEF URLs by Artio