Pengetua

Semua Sekolah Menengah Negeri Perak

 

Tuan,

 

PERTANDINGAN RUNNINGMATH NEGERI PERAK 2019

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Management Science University (MSU) akan mengadakan pertandingan tersebut seperti ketentuan berikut:

 

Tarikh

:

23 Februari 2019

Masa

:

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat

:

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Teluk Intan, Perak

 

  1. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dijemput untuk menyertai pertandingan ini. PCG mata pelajaran atau Kumpulan Wang SUWA boleh digunakan untuk pembayaran yuran pertandingan. Maklumat berkenaan pertandingan boleh dimuat turun melalui ruangan 'Attchment' di bawah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122.

 

Sekian.  Terima kasih.

Joomla SEF URLs by Artio