Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Negeri Perak

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Negeri Perak

Tuan,

TIKET PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 1 TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/calon yang telah mendaftar bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1 Tahun 2019 pada 5 dan 6 Mac 2019 boleh mencetak tiket peperiksaan mulai 6 Februari 2019 di laman sesawang SisPPA https://sisppa.moe.gov.my.

3.  Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Penilaian Tahap Kompetensi, JPN Perak (Encik Mohd Saiful Azhar Maula Ab. Rashid) di talian 05-501 5302 / 05-501 5065.

4.  Kerjasama dan perhatian tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih

Unit Penilaian Tahap Kompetensi

Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio