Pengetua,

SMK, SBP, SMKA, SABK, SMA Negeri, Sekolah Swasta

Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT (PBS SPM / MPEI) TINGKATAN 5 (SPM TAHUN 2019) DAN TINGKATAN 4 (SPM TAHUN 2020)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sehubungan dengan itu bersama ini dilampirkan Jadual Tarikh Pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PBS SPM / MPEI) Tingkatan 5 (SPM Tahun 2019) dan Tingkatan 4 (SPM Tahun 2020) untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

3.    Sukacita diingatkan bahawa tarikh kemasukan skor Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) untuk calon SPM Tahun 2019 secara ‘online’ dalam Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Lembaga Peperiksaan (www.sppat.moe.gov.my) adalah pada 1 hingga 30 Ogos 2019. Mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:-

3.1.   1103/3    Bahasa Melayu

3.2.   1119/3    Bahasa Inggeris

3.3.   6351/3    Bahasa Cina

3.4.   6354/3    Bahasa Tamil

3.5.   2361/3    Bahasa Arab

3.6.   5227/2    Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

4.    Pihak tuan dipohon untuk memuat turun surat yang berkenaan di bahagian attachment.

Sekian, terima kasih.

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan, JPN Perak.

Attachments:
Download this file (PP_Tarikh 2019.pdf)PP_Tarikh 2019.pdf[ ]1632 kB
Joomla SEF URLs by Artio