Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah
Negeri Perak.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2 TAHUN 2019 BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)  

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1.  Sehubungan dengan itu, semua calon yang ingin memohon bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2 Tahun 2019 yang dijadualkan pada 24 dan 25 September 2019 akan dibuka mulai 01 Julai 2019 hingga 30 Julai 2019. Calon-calon boleh membuat permohonan melalui laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my.
  2. Dilampirkan senarai AKP lantikan baharu 30 Januari 2019 untuk memohon menduduki peperiksaan sebagai prasyarat pengesahan dalam perkhidmatan.
  3. Makluman tambahan, sistem sisppa akan dinaik taraf kepada version 2.0 oleh sebab itu, sistem sisppa tidak boleh diakses mulai 17 Jun hingga 30 Jun 2019.
  4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh dirujuk kepada Encik Mohd Saiful Azhar  Maula Ab. Rashid ditalian 05-5015302/017-5613910.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Tahap Kompetensi,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak. 

Joomla SEF URLs by Artio