Kepada Semua

Pengetua dan Guru Besar 

Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak

 

Tuan,

PENGISIAN INSTRUMEN KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA (KOMPAS) BAGI TUJUAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN TAHUN 2O2O

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa lnstitut Aminuddin Baki (lAB) telah mewujudkan satu instrumen KOMPAS 2.0 untuk mengukur kompetensi pengetua dan guru besar.


3. Sehubungan dengan itu, pihak IAB memohon semua Pengetua dan Guru Besar untuk mengisi lnstrumen KOMPAS 2.0 dengan melayari laman sesawang http://bit.do/IABkompas atau scan QRcode seperti yang dilampirkan. Laman sesawang ini akan dibuka mulai 12 Ogos 2019 hingga 30 September 2019.


4. Untuk makluman tuan, tujuan mengisi lnstrumen KOMPAS 2.0 ini adalah bagi membantu pihak IAB mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin pada masa kini. Maklumat ini sangat penting untuk membantu pihak IAB merancang keperluan program latihan untuk pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada Dr. Hjh. Nor Foniza binti Maidin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) di talian 06-7979225/013-6192080 atau Cik Hjh.Siti Fadzlun binti Abd. Thani (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) di talian 06-7979370/019-9314313. Kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sektor Pengurusan Sekolah, JPN

Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf[ ]1879 kB