Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak

Tuan,

TAKWIM PROGRAM j-QAF PENGGAL KEDUA TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, takwim kurikulum yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Program j-QAF kegunaan penggal kedua tahun 2019 (rujuk lampiran).

3. Pihak tuan diminta untuk merujuk Garis Masa Pengumpulan Data Pencapaian Program j-QAF Kutipan Oktober 2019 sebagai panduan tarikh melapor maklumat dan pencapaian yang telah disediakan seperti dilampiran.

4. Sehubungan itu, pihak tuan juga diminta sentiasa merujuk surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan untuk maklumat lanjut yang perlu pihak tuan ketahui dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Joomla SEF URLs by Artio