Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak

Tuan,

PENGUMPULAN DATA E-PELAPORAN PROGRAM j-QAF KUTIPAN OKTOBER TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam telah menetapkan pengumpulan data pencapaian murid dalam Program j-QAF bagi tahun semasa kutipan bulan Oktober untuk sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Untuk makluman Tuan, pengumpulan data tersebut perlu mematuhi tatacara dan garis masa yang telah ditetapkan bagi memastikan pelaporan dapat disediakan dalam tempoh yang dihasratkan (rujuk lampiran).

4. Sila hubungi En. Mohd Khairur Rosikhan Bin M. Muridun, Penolong Pengarah j-QAF di talian 05-241 4000 atau 019-566 8676 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

Joomla SEF URLs by Artio