Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Negeri Perak

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Negeri Perak

Tuan,

PERINGATAN MESRA : TEMPOH PELAKSANAAN (PENILAIAN AKHIR) PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Akhir bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sedang berlansung dan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Penilai Akhir PBPPP, pihak tuan adalah diarahkan untuk menyelesaikan penilaian akhir PBPPP tersebut secara atas talian melalui sistem e-prestasi (https://eprestasi.moe.gov.my) selewat-lewatnya sebelum atau pada 22 November 2019 (JUMAAT)

3.    Bersama-sama ini disertakan juga beberapa dokumen yang berkaitan seperti yang tersebut dibawah untuk rujukan tuan/puan:

             3.1       Surat Arahan Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak

             3.2       Garis Panduan Penilaian Kompenen Keberhasilan

             3.3       Rekod Penyerahan Dan Penerimaan Borang Skor PBPPP 2019

4.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh rujuk kepada Encik Mohd Saiful Azhar Maula Ab. Rashid 05-5015302 

 

Sekian, Terima Kasih

Unit Penilaian Tahap Kompetensi

Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak