Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Seluruh Negeri Perak

Tuan,

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.    Dengan ini dimaklumkan bahawa Instrumen Pemeriksaan Penggal Persekolahan adalah garis panduan yang lengkap mengenai langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah menjelang pembukaan sesi persekolah tahun 2020.  Hal ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan bersedia melaksanakan pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tanpa sebarang masalah.

3.    Bersama-sama ini dilampirkan Instrumen Pemeriksaan Penggal Persekolahan 2020 untuk tindakan dan persiapan semua sekolah.  Pegawai bahagian ini, Encik Hafiz Noorhakim bin Hasan di talian 05-5015117/ 013-2073211 sedia membantu sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020"

Yang menjalankan amanah,


SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Perak

"SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN"