Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah  Negeri Perak

Tuan,

LAPORAN REKOD PERIBADI YANG TIDAK MEMPUNYAI MAKLUMAT GAMBAR DI DALAM SISTEM HRMIS BAGI  PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SEHINGGA 26 NOVEMBER 2019

Merujuk perkara di atas, mohon semua senarai nama yang terlibat seperti di lampiran untuk memasukkan gambar di dalam sistem HRMIS TANPA GAGAL  selewat-lewatnya sehingga 6 DISEMBER 2019 ( Jumaat ).

2. Sekiranya tindakan dari Pemilik Kompetensi untuk memasukkan gambar di dalam sistem HRMIS telah dilaksanakan, sila abaikan laporan seperti dilampiran.

           

Sekian, terima kasih.

 

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (HRMIS),
Sektor Sumber Manusia