SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
NEGERI PERAK

SEMUA GURU LANTIKAN BAHARU
NEGERI PERAK

 

Tuan,

SEMAKAN DATA PERMOHONAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI MENGHADIRI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) NEGERI PERAK TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bersama-sama ini disertakan senarai nama PPP lantikan baharu yang telah memohon bagi mengikuti Program Transformasi Minda(PTM).

Tuan diminta untuk menyemak setiap maklumat pemohon adalah betul. Sekiranya berlaku sebarang kesalahan atau pindaan maklumat sila hubungi dengan kadar segera Pn. Faizah binti Hamsin, Unit Pengurusan Bakat (Latihan dan Kemajuan Staf) Jabatan Pendidikan Negeri Perak ditalian 05-5015049.

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan baharu di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang masih belum memohon dan tiada dalam senarai, tuan diminta untuk membuat permohonan PTM menggunakan Borang Atas Talian (Google form): https://tinyurl.com/PERMOHONAN-PTM.

Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan bagi memastikan tiada calon yang tercicir untuk dipanggil menghadiri PTM bagi melengkapkan salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh:

Moderator,
Unit Pengurusan Bakat
Jabatan Pendidikan Negeri Perak