KEAHLIAN PERTUBUHAN
 
1. Keahlian pertubuhan adalah terbuka kepada Pegawai dan Kakitangan yang sedang atau pernah bertugas di Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Perak.
2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun.
3. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftarkan namanya, nama-nama tanggungannya lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha Pertubuhan.
4. Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa melulus dan menolak permohonan untuk menjadi ahli.
 
WANG PENDAFTARAN
Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).
 
YURAN PERTUBUHAN
Tiap-tiap ahli dikenakan membayar yuran bulanan sebanyak RM 3.00 (Tiga Ringgit Sahaja) kepada Bendahari sebelum akhir bulan.
 
MENAMBAH ATAU PERUBAHAN MAKLUMAT AHLI
Tiap-tiap ahli yang ingin membuat tambahan maklumat ahli seperti pertambahan tanggungan atau perubahan waris perlu memuat turun Borang Perubahan Maklumat Keahlian dan menghantarnya semula kepada Setiausaha Pertubuhan.
Joomla SEF URLs by Artio