INFORMASI

1. Mengikut Senarai Perjawatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Maksud Bekalan B41 Jabatan Pelajaran Perak Tahun 2010 dianggarkan terdapat hampir 48 000 kakitangan kerajaan yang terdiri daripada Guru-guru, Pegawai Tadbir, Penyelia, Pembantu Tadbir dan berbagai lagi skim perkhidmatan bertugas di bawah Jabatan Pelajaran Perak.

 

2. Pada masa sekarang, bantuan yang dikeluarkan hanya bagi kes-kes kematian atau bencana. Namun untuk rancangan jangka panjang, faedah-faedah yang dikeluarkan boleh ditambah seperti wang bantuan pelajaran, hadiah kecemerlangan akademik anak-anak, dan wang bantuan perkahwinan

 

3. Keahlian Tuan/Puan menjadi ahli Pertubuhan ini tidak menghalang Tuan/Puan untuk menjadi ahli mana-mana pertubuhan yang lain.

 

4. Jabatan Pelajaran Perak hanya menguruskan bantuan kerajaan seperti Bantuan Kenderaan Jenazah dan Bayaran Ex-Gratia. 

 

FAQ

1. Adakah keahlian saya akan terhenti sekiranya saya bertukar ke negeri lain?

Keahlian tidak akan terhenti sekiranya ahli masih membayar yuran bulanan. 

 

2. Adakah ibu bapa mertua saya termasuk didalam tanggungan saya?

Tidak. 

 

3. Setelah saya berhenti menjadi ahli adakah yuran bulanan saya akan dikembalikan?

Tidak, yuran bulanan akan disimpan sebagai faedah bersama ahli-ahli. 

 

4. Bagaimana sekiranya tanggungan saya bertambah?

Ahli boleh memaklumkan sebarang perubahan tanggungan atau maklumat peribadi ahli ke Pejabat Setiausaha. 

 

5. Bilakah keahlian Pertubuhan akan ditutup?

Keahlian adalah terbuka sepanjang masa, namun proses pendaftaran ahli adalah bergantung kepada tempoh pemotongan gaji dilaksanakan,

 

Joomla SEF URLs by Artio