Semua Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Perak,
Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengguna Emel Rasmi KPM

Tuan,

Pelaksanaan Migrasi Webmail KPM ke 1Govuc di bawah MAMPU

Merujuk perkara di atas KPM telah melaksanakan migrasi infrastruktur emel Kementerian sediaada  ke infrastruktur baru iaitu perkhidmatan 1GovUC bermula pada 11 November 2013. Perkhidmatan 1GovUC ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu:  

·        Perkhidmatan Emel – iaitu Email/Calendar/Contact (Directory)  

·        Perkhidmatan UC – meliputi IM, Presence, Audio, Video, Web Conferencing serta Khidmat Suara & Telefoni

·        Perkhidmatan Telepresence – yang bersifat imersif dan kualiti Audio Video berdefinisi tinggi

Bagi perkhidmatan Emel KPM, semua pengguna diminta membuat semakan id baharu mengikut langkah berikut :

A)     Akses ke Portal  Pengguna IPMS –  https://ipms.1govuc.gov.my/user dan pilih butang SEMAK LOGIN ID 1GovUC ANDA..

B) Paparan seperti di bawah akan terpapar.


C)     Masukkan alamat emel sediada (contoh : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau no Kad Pengenalan dan masukkan kod yang tertera di atas butang dapatkan login ID . Kemudian klik butang Dapatkan Login ID .



D)     Login ID 1GovUC akan dipaparkan.


Jika id masih belum wujud, sila isikan maklumat di template yang disediakan di ruangan attachment di bawah dan emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Bagi yang berjaya mendapatkan id anda, boleh layari link berikut untuk mengakses webmail 1GovUC https://webmail.1govuc.gov.my/owa .

Masukkan ID baharu tadi di ruangan "Domain\user name:" dan masukkan Password: (Default Password boleh didapati di Unit ICT masing-masing) . Kemudian tekan Sign In.

Ciri-ciri webmail 1GovUC adalah sama seperti webmail KPM sebelum ini. Pihak tuan masih boleh mengakses webmail KPM yang lama (@moe.gov.my) bagi merujuk emel-emel lama. Walaubagaimanapun proses penghantaran dan penerimaan emel bagi emel lama telah dihentikan.

Format emel baharu :

Emel lama   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Emel baharu : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  (Masih KEKAL dengan emel lama. Hanya login id yang berbeza)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan 1GovUC, tuan boleh layari portal www.1govuc.gov.my .

Sebarang pertanyaan berkenaan webmail, mohon emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  .

Unit Perkhidmatan Teknikal,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)