Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. Semua urusan pembayaran perkhidmatan internet interim dan projek 1BestariNet bagi tahun 2013 akan diuruskan oleh pihak BTP dan rangkaian sebagaimana termaktub dalam Arahan Pegawai Pengawal 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Sehubungan dengan itu, BTN Perak mengedarkan bil perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi bulan Oktober 2013 (bertarikh 1 November 2013) ke semua sekolah yang masih melanggan internet interim mulai hari ini secara pos.

3. Bagi sekolah yang aktif melanggan internet interim dan belum menerima perkhidmatan internet 1Bestarinet sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA.

4. Bagi sekolah dalam proses penamatan internet interim, sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA. Pastikan sekolah tidak lagi menerima bil internet interim selepas November 2013.

5. Bagi sekolah yang masih aktif melanggan internet interim dan telah menerima perkhidmatan internet 1Bestarinet sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA. Pihak tuan diminta mengemukakan penamatan internet interim kepada pihak Internet Service Provider (ISP). Sekiranya pihak sekolah telah membuat penamatan, sila hubungi ISP supaya menamatkan perkhidmatan internet interim sekolah tuan.

6.  BTPN Perak akan menjelaskan semua bil pada 10 Disember 2013. Bil yang tidak diterima pada tarikh berkenaan tidak akan dibayar dan menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menjelaskannya.

Sekian, harap maklum. 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115