Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
(Semua sekolah yang menerima Chromebook)

1.Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. akan mengadakan Bengkel Pengurusan Makmal Mudah Alih Chromebook seperti ketetapan berikut:

(Ambilan 1)

  • Tarikh : 17 - 18 Disember 2013 (Selasa dan Rabu)
  • Tempat : Hotel Syuen, Ipoh
  • Pendaftaran : 17 Disember 2013 (1.00 petang - 2.30 petang)
  • Sasaran       : 194 sekolah yang menerima Chromebook seperti dalam lampiran Surat Panggilan 17 & 18 Dis 2013 

      (Ambilan 2)

  • Tarikh         : 18 - 19 Disember 2013 (Rabu dan Khamis)
  • Tempat       : Hotel Syuen, Ipoh
  • Pendaftaran : 18 Disember 2013 (1.00 petang - 2.30 petang)
  • Sasaran      : 73 sekolah yang menerima Chromebook seperti dalam lampiran Surat Panggilan 18 dan 19 Dis 2013

2.Bersama-sama ini disertakan surat panggilan untuk menghadiri bengkel yang jelas maksudnya. Pastikan tuan menghadiri bengkel tersebut dengan membawa keperluan seperti dinyatakan.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
(No. Telefon Bimbit : 013-4425553)