Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua / Guru Besar
Semua Guru Pendidikan Islam

Assalamualaikum WBT,

Tuan/Puan,

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN TAHUN 2014M/1435H

Sukacita dimaklumkan dengan ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014M/1435H dan senarai Ayat Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Al-Quran untuk tahun 2014.

2. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Perak mencadangkan agar aktiviti tersebut dapat dilaksanakan di peringkat sekolah, kelompok, zon dan daerah berdasarkan takwim yang disertakan. Kerjasama tuan adalah diharapkan bagi memastikan penglibatan lebih ramai murid-murid dalam aktiviti tersebut.

3. Bahan rujukan MTQSS 2014M/1435H boleh dimuat turun pada pautan di bawah.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam 

Joomla SEF URLs by Artio