Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pengetua dan Guru Besar Negeri Perak.

Tuan,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak akan memproses permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA34 (KUP) Secara Time-Based untuk mengisi kekosongan jawatan Guru Besar Gred DGA34 secara hakiki bagi tempoh sehingga 30 Jun 2014 tanpa syarat lulus NPQEL atau NPQH.

Permohonan bagi urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang masih berada di Gred DGA34 (KUP) sahaja serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pegawai-pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan LAMPIRAN A [DGA34(KUP) berserta dokumen sokongan seperti di LAMPIRAN B kepada Penyelia Sekolah Rendah di daerah masing-masing pada atau sebelum 10 Januari 2014.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Naik Pangkat (05-5015059 / 5060 / 5061)

Sila muat turun surat pada attachement di bawah.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (PPPLD DGA34KUP TANPA NPQEL DAN NPQH.zip)PPPLD DGA34KUP TANPA NPQEL DAN NPQH.zip[ ]2588 kB
Joomla SEF URLs by Artio