Pegawai Kontrak,
Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE)

Melalui dan salinan:

Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Perak

Tuan/Puan,

 

Berita gembira buat pegawai kontrak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan pegawai kontrak yang telah dilantik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pegawai kontrak yang terlibat dikehendaki bertugas seperti biasa. Surat tawaran akan disusuli kepada tuan/puan sedikit masa lagi.