[SEGERA] Muat turun Surat Siaran di sini.

 

Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua Sekolah Menengah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Perak.

 

SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) BAGI TAHUN 2013.

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak telah memproses Urusan Kenaikan Pangkat bagi PPPLD yang layak dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Tahun 2013.

3. Sehubungan itu, sebelum perakuan tersebut dikemukakan kepada KPM, pihak tuan/puan dikehendaki menyemak dengan teliti senarai nama pegawai-pegawai tersebut bagi memastikan tiada yang tercicir.

Pautan bagi dokumen semakan boleh dicapai dipautan berikut:

Lampiran A1 - Urusan kenaikan Pangkat dari DGA29 ke DGA32(KUP)

Lampiran A2 - Urusan kenaikan Pangkat dari DGA32/DGA32 (KUP) ke DGA34(KUP) 

Lampiran A3 - Urusan kenaikan Pangkat dari DGA34/DGA34 (KUP) ke DGA38(KUP)

 

4. Sekiranya masih terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang layak tetapi belum diperakukan atau nama pegawai tidak tersenarai, maka tuan/puan hendaklah mengambil tindakan segera dengan memngemukakan perkuan kejabatan ini pada atau sebelum 15 Febuari 2013.

  

  Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

- Lampiran B1 atau Lampiran B2 atau Lampiran B3; (klik yang berkenaan)

- Salinan Kad Pengenalan yang diakui Sah diatas A4;

- Salinan Surat Perlantikan Tetap Gred DGA29 yang diakui Sah;

- Salinan Surat kenaikan Pangkat gred DGA32/DGA34 (Jika berkaitan);

- Salinan Surat kelulusan Pengisytiharan Harta tahun 2009 ke atas;

- Kenyataan ketua Jabatan. (Klik)

- Salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.

 

Sebarang masalah dan pertanyaan - Unit Naik Pangkat 05-5015059, 05-5015060, 05-5015061,05-5015306dan 05-5015064..

 

Sekian, terima kasih.

Joomla SEF URLs by Artio