Semua Guru Besar
Seperti Lampiran

Tuan,
TAKLIMAT DAN PENGUJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) SISTEM E-OPERASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak akan mengadakan taklimat tersebut pada ketentuan berikut :
Tarikh : 21 dan 22 Feb 2013
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Rapat Setia, 31350 Ipoh (05-3135443)

3. Sehubungan itu, Penolong/Guru Kanan Pentadbiran dan Pembantu Tadbir dari sekolah tuan diwajibkan hadir tanpa wakil. Peserta taklimat yang hadir diminta untuk membawa bersama-sama perkara berikut :
i - Komputer Riba.
ii - Wayar Penyambung.
iii - Data Enrolmen Murid, Kelas dan Guru seperti pada 31 Januari 2013.

4. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi En. Abd. Razak Bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Sekolah Rendah (Data dan ABM) di talian 05-5015268 atau 012-5277761.(klik di sini untuk mencetak surat siaran, Lampiran m/surat1, Lampiran m/surat2)

Pengurusan Data dan ABM
Unit Sekolah Rendah

Joomla SEF URLs by Artio