PERHATIAN:
Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

PELAKSANAAN LATIHAN GURU BAHASA MELAYU DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) TAHUN 2013

Perkara di atas dirujuk.

2. Mohon kerjasama pihak tuan/puan agar dapat memberikan maklumat lengkap mengenai semua guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah tuan/puan. Maklumat ini penting sebagai persediaan pelaksanaan latihan guru Bahasa Melayu bagi kursus di bawah dasar MBMMBI. Ia selaras dengan surat daripada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (Ruj.:KP(BPG)9131/600/13/4 Jld.6(2) bertarikh 23 Januari 2013)

3. Borang maklumat boleh dimuat turun:
3.1 Sekolah Menengah : Sila Klik Di Sini...
3.2 Sekolah Rendah : Sila Klik Di Sini...

4. Sila ikuti arahan yang terdapat dalam borang maklumat tersebut. Tarikh akhir penghantaran email dan salinan faks yang disahkan Pengetua/Guru Besar adalah pada atau sebelum 28 Februari 2013:
4.1 Sekolah Menengah : Sila email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4.2 Sekolah Rendah : Sila email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio