Kepada;
Semua Guru Besar , Admin APDM Sekolah dan Guru Kelas
Sekolah-sekolah seperti di Lampiran . (Klik di sini )

PEMBETULAN NO KAD PENGENALAN MURID TAHUN 6 NEGERI PERAK

Bersama-sama ini disertakan senarai nama murid tahun 6 di sekolah yang berkenaan yang bertindan no kad pengenalan. Mohon pihak Admin APDM Sekolah mengarahkan guru kelas untuk membuat semakan dan pembetulan no kad pengenalan murid yang terbabit. Mohon juga guru kelas menyemak ejaan nama murid mengikut kad pengenalan (boleh juga membuat semakan menggunakan butang Papar Data JPN). Ini amat penting kerana data ini digunakan untuk pendaftaran UPSR Online. Pihak sekolah diberi tempoh sehingga 24 Februari 2013 uuntuk membuat pembetulan ini.
Selain itu, guru kelas juga diminta merujuk kepada lampiran yang disertakan untuk:
1. Membetulkan no.KP murid yang berwarna coklat kerana bertindan dengan no.KP yang berwarna putih (Data telah disemak dengan JPN).
2. Memadamkan maklumat murid jika murid itu tidak berada di kelas tersebut.
3. Membetulkan no. KP murid mengikut Sijil Lahir atau Kad Pengenalan bagi no KP yang berwarna pink. Abaikan jika no KP tersebut memang betul berdasarkan dokumen yang sahih.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Maslina bt. Mohd Khalib (Penyelia Pengurusan Maklumat), Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN , di talian 05-5015277.

Sekian, terima kasih

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Jabatan Pelajaran Perak.

Joomla SEF URLs by Artio