SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

Tuan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI MODUL e-OPERASI BAGI PELAKSANAAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU JUN 2013 SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan modul e-OPERASI adalah bertujuan untuk pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

3.             Sehubungan itu, tuan adalah dimohon untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat guru, kelas, murid dan subjek sekolah tuan melalui modul e-OPERASI bagi pengiraan keperluan guru mengikut opsyen.  Pengemakinian maklumat boleh dilaksanakan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/eoperasi mulai dari 1 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013.

 

4.            Kerjasama Tuan memastikan pelaksanaan e-OPERASI berjalan dengan lancar serta memenuhi keperluan data semasa didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila muat turun Surat Siaran KPM di ruangan Attachments

Sekian dimaklumkan.

Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pelajaran Perak.

Joomla SEF URLs by Artio