SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008
JABATAN PELAJARAN PERAK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH NEGERI PERAK
TAHUN 2013
________________________________________________________________

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA
JPN PERAK DAN PPD NEGERI PERAK


DOKUMEN KUALITI MS ISO 9001:2008 KELUARAN 06| PINDAAN 00 (TAHUN 2013)
TARIKH KUAT KUASA: 1 FEBRUARI 2013

2. Untuk makluman semua warga JPN dan PPD Negeri Perak, dokumen kualiti tersebut telah diterima secara rasminya daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pada 27 Februari 2013.

3. Dokumen kualiti tersebut akan diedarkan kepada semua warga JPN dan PPD mulai minggu pertama Mac seperti berikut :
1 salinan dokumen dan 1 CD akan diberikan kepada Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah. Kedua-duanya akan dilabelkan "DOKUMEN TERKAWAL" dan diberi nombor kawalan.
1 salinan dokumen dan 1 CD akan diberikan kepada Pengurus Kualiti Daerah dan Penyelaras Kualiti Sektor. Kedua-duanya akan dilabelkan "DOKUMEN TERKAWAL" dan diberikan nombor kawalan.
Keseluruhan dokumen kualiti akan dimuat naik dalam portal JPN (Unit Inovasi) untuk semua warga JPN dan PPD. Dokumen tersebut akan dilabelkan "DOKUMEN TIDAK TERKAWAL"

4. Semua warga JPN dan PPD bolehlah meneliti semua kandungan dokumen tersebut. Tarikh kuatkuasa penggunaan dokumen tersebut hanya selepas penyerahan dokumen dibuat secara rasminya oleh Pengurus Kualiti.

5. Taklimat dokumen akan dijalankan di semua peringkat (negeri dan daerah) selepas taklimat diberikan oleh BPSH kepada Pengurus Kualiti Negeri pada 26 - 28 Mac 2013.

Harap Maklum.

Sekian. Terima kasih.


Mazzleza
MAZZLEZA BT AB WAHAB
Pengurus Kualiti JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio