Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2013 adalah pada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan (KOLEKSI BORANG) di alamat www.moe.gov.my/lp

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Joomla SEF URLs by Artio