Semua Penolong PPD Kurikulum (Bahasa)
Pejabat Pelajaran Daerah
Negeri Perak

Tuan,

MENGENALPASTI GURU-GURU OPSYEN BAHASA INGGERIS YANG TIDAK MENDUDUKI UJIAN APTIS

Sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas .

2. Mohon tuan kenalpasti Guru Opsyen Bahasa Inggeris di daerah tuan yang TIDAK DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN APTIS pada bulan Januari 2013 yang lalu dengan kadar segera.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hadir membawa senarai nama guru opsyen Bahasa Inggeris yang tidak menduduki ujian APTIS pada ketentuan seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Besar SMK Gunung Rapat, Ipoh
Taklimat oleh : Pn.Ho Swee Phoon, English Language Teaching Centre (ELTC)

4. Tuan juga dipohon memaklumkan kepada guru berkenaan wajib hadir ke taklimat bersama Pn.Ho Swee Phoon wakil dari English Language Teaching Centre (ELTC) pada ketentuan seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Besar SMK Gunung Rapat, Ipoh
Taklimat oleh : Pn.Ho Swee Phoon, English Language Teaching Centre (ELTC)

4. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas hubungi En.Md Faisal bin Md Yusuf di talian 012-5529582.

Sekian, kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

b.p. Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik
JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio