Semua Guru Besar
Tuan/Puan,

PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAJAAN UEM GROUP BERHAD – PELAKSANAAN AKTIVTI “LEARN ENGLISH FAMILY” BERSAMA-SAMA IBUBAPA DI LAPAN (8) BUAH SEKOLAH DI PERAK

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan pihak PINTAR Foundation dengan tajaan UEM Group akan melaksanakan satu aktiviti yang dikenali sebagai “Learn English Family” (LEF). Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan melatih ibubapa yang berminat untuk meningkatkan penglibatan dan kebolehan dalam meningkatkan minat membaca di kalangan anak-anak.

3. Sehubungan dengan itu, pihak PINTAR Foundation telah mengenalpasti LAPAN buah sekolah di Perak yang akan menyertai latihan LEF tersebut. Berikut adalah sekolah-sekolah yang terlibat:

1. SK DATIN KHADIJAH
2. SK SRI SIAKAP
3. SK TANAH KEBUN
4. SJK (C) TONG WAH
5. SK SLIM VILLAGE
6. SK PERLOK
7. SK BESOUT 3
8. SK BIDOR

SESI LATIHAN 1 – JANGKAMASA LATIHAN: 3 JAM, TARIKH: 8 JUN 2013
SESI LATIHAN 2 – JANGKAMASA LATIHAN: 3 JAM, TARIKH: 15 JUN 2013

4. Sebarang pertanyaan, hubungi En.Md Faisal bin Md Yusuf di talian 012-5529582.
Sekian, terima kasih

b.p. Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik
JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio