URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BAGI ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (AKS)
(Muat Turun Surat Siaran di sini )
SEGERA

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah Harian
dan Sekolah Rendah Negeri Perak

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan iklan kenaikan pangkat bagi Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) seperti berikut:-

BIL.

 JAWATAN

SYARAT LANTIKAN

TARIKH TUTUP IKLAN

1.

Penyelia Asrama Gred N17 ke Gred N22

Berkhidmat sekurang-kurang 15 Tahun di Gred N17 sebelum atau pada 31 Disember 2013 sebagai Penyelia Asrama

     24.3.2013

2.

Pemandu Kenderaan Gred R3 ke Gred R6

Berkhidmat sekurang-kurang 15 Tahun di Gred R3 sebelum atau pada 31 Disember 2013 sebagai Pemandu Kenderaan.

   

    31.3.2013

 

3. Untuk makluman tuan/puan perlu mengambil beberapa tindakan yang perlu bagi membuat perakuan kenaikan pangkat secara time-based dengan memastikan semua maklumat pegawai yang layak telah dilengkapkan dalam sistem epangkat dan kemudian mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

Langkah 1
Log masuk ke dalam e-pangkat menggunakan ID dan Kata laluan masing-masing


Langkah 2
Klik Modul Guru Besar/Pengetua/Ketua Bahagian


Langkah 3
Klik Senarai Iklan Time-Based

Langkah 4
Carian Iklan Kenaikan Pangkat
Tahun : 2013
Pilihan : Belum ditutup
Kemudian Klik Cari


Langkah 5
Klik pada senarai iklan yang terpapar


Langkah 6
Sila Klik iklan yang berkaitan sahaja


Langkah 7
Klik Kemaskini pada nama calon yang terpapar


Langkah 8
Sila pilih status disahkan
Ruangan ulasan taip: Diperaku
Klik hantar

4. Sekiranya terdapat pegawai yang layak, tuan/puan selaku Ketua Jabatan perlu membuat cetakan dan dikemukakan kepada jabatan ini (u/p Unit Naik Pangkat) untuk tindakan selanjutnya.

5. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang masalah, sila rujuk ke jabatan ini di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015305 dan 5015306 untuk penjelasan selanjutnya.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan, terima kasih.

Unit Naik Pangkat.

Joomla SEF URLs by Artio