PERHATIAN :
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Tuan,

SURAT SIARAN KPM BIL. 6, TAHUN 2013
- PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI SERTA PELAKSANAAN LITERASI BAHASA INGGERIS MULAI TAHUN 2013

Perkara di atas dirujuk.

2. Maklumat ini adalah berkaitan dengan paparan yang telah dikeluarkan dalam ruangan SPA pada 8 Feb 2013 bertajuk Pelaksanaan Saringan LINUS 2013 Di Bawah Program NKRA-LINUS Tahun 2013. Pada ketika itu, surat siaran ini belum lagi dikeluarkan oleh KPM.

3. Sila klik DI SINI untuk memuat turun surat siaran dimaksudkan di atas. Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(1) bertarikh 23 Mac 2012 - Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan LINUS Murid Tahap Satu Sekolah Rendah, KPM adalah TERBATAL.

4. Sila rujuk Pegawai FasiLINUS di daerah masing-masing jika ada sebarang pertanyaan berhubung perkara ini. Tuan dipohon agar memastikan pelaksanaan Program LINUS di sekolah adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan KPM dan peka kepada sebarang perubahan dan penambahbaikan pelaksanaan Program LINUS dari semasa ke semasa.

Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio