SEMUA PPD
SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.

Tuan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI MODUL e-OPERASI SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2013

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan Surat Siaran KPM bertarikh 8 Februari dan 1 Mac 2013.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM sedang melaksana pengemakinian data maklumat melalui modul e-Operasi. Tujuan utama pengemaskinian adalah untuk memperoleh data semasa sekolah berkaitan pengiraan keperluan guru mengikut opsyen dan juga pelaksanaan Pertukaran dan Penempatan Guru Jun 2013.

3. Sehubungan itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah perlu melaksanakan pengemaskinian maklumat tersebut dan juga mematuhi jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Bil.

Tarikh

Keterangan

Tindakan

Catatan

1.

1 – 20 MAC 2013

  1. PENGEMASKINIAN MAKLUMAT:

-        Guru

-        Kelas dan Enrolmen

-        Penawaran Subjek

-        Penawaran Subjek Elektif

-        BSKG

  1. PENGESAHAN

-        Pengesahan Maklumat Guru

-        Pengesahan Guru Lapor Diri

         (Guru Interim)

Guru dan PK1

PGB

Semua guru dikehendaki menyemak data masing-masing dan buat pengesahan.

Sebelum PGB membuat pengesahan, sila pastikan semua guru telah membuat pengesahan terlebih dahulu.

2.

21 – 27 MAC 2013

VERIFIKASI,  KEMASKINI DAN PENGESAHAN

PPD dan JPN

PPD perlu pastikan semua sekolah sudah membuat pengesahan sebelum pengesahan oleh PPD.

3.

28 – 30 MAC 2013

VERIFIKASI DAN KELULUSAN

BPSH dan BPSM

 

4. Kerjasama pihak tuan memastikan pelaksanaan e-Operasi berjalan dengan lancer serta memenuhi keperluan data semasa semua Bahagian SOP, didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN
1. SURAT SIARAN
2. SENARAI TINDAKAN GURU
3. SENARAI TINDAKAN PK1

Sekian dan harap maklum.
Terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah
JPN Perak.

Attachments:
Download this file (files_513d61bdc4733.pdf)SURAT SIARAN[ ]1417 kB
Download this file (files_513e0a992571d.zip)SENARAI TINDAKAN GURU[ ]31 kB
Download this file (files_513e0ab41c153.zip)SENARAI TINDAKAN KPI[ ]31 kB
Joomla SEF URLs by Artio