SEMUA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
dan
SEMUA PENGETUA / GURU BESAR
Sekolah-sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan.

STATUS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA DI MODUL e-OPERASI 2013

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengemaskinian maklumat oleh pihak sekolah yang sepatutnya berakhir pada 20 Mac 2013, dilanjutkan sehingga 25 Mac 2013. Hasil pemantauan yang dibuat oleh KPM dan JPN menunjukkan banyak sekolah yang masih gagal membuat pengemaskinian dan lebih mendukacitakan sehingga kini terdapat sekolah yang belum mengambil tindakan seperti yang diarahkan melalui Surat Siaran KPM yang telah dihantar ke sekolah.

3. Mohon kerjasama semua PPD membuat pemantauan di daerah masing-masing dan membuat pengesahan pada 26 Mac 2013. Pihak JPN akan membuat pengesahan pada 27 Mac 2013 dan diikuti oleh pengesahan dan kelulusan oleh KPM serta BPSM pada 28-30 Mac 2013.

Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Attachment:
Status Pemantauan KPM
PEMANTAUAN OLEH JPN PADA 18 MAC 2013:
Status Tindakan Guru
Status Tindakan PK1
Ralat

Harap maklum.

Sektor Pengurusan Sekolah
JPN Perak Darul Ridzuan.

Attachments:
Download this file (ralat.pdf)RALAT[ ]281 kB
Download this file (statis.pdf)STATUS PEMANTAUAN KPM[ ]196 kB
Download this file (statustindakanpk1.pdf)STATUS TINDAKAN PK1[ ]827 kB
Download this file (sttustindakanguru.pdf)STATUS TINDAKAN GURU[ ]758 kB
Joomla SEF URLs by Artio