Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
NegeriPerak


Tuan,

PENYELARASAN PELAPORAN KEJAYAAN MURID DALAM BIDANG KOKURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI SUKU TAHUN PERTAMA (JANUARI – MAC)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak telah menerima email daripada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menghantar Laporan Pencapaian Kokurikulum untuk suku tahun pertama
(Januari – Mac) tahun 2013.

3. Sehubungan dengan itu, Sektor Pendidikan Islam memohon jasa baik tuan untuk melengkapkan borang seperti attachment dan dihantar secara email ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 25 Mac 2013 untuk dipanjangkan ke Bahagian Pendidikan Islam pada atau sebelum 28 Mac 2013. Bersama-sama ini disertakan format laporan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Kerjasama pihak tuan dalam menjayakan pelaporan ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,


(HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN)
Ketua Sektor Pendidikan Islam
b.p . Pengarah Pelajaran Perak.

Attachments:
Download this file (files_514918fc792e0.zip)FORMAT[ ]522 kB
Joomla SEF URLs by Artio