PUSPANITA Negeri Perak dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Program Bengkel Jahitan Bahan Kitar Semula di kalangan ahli yang berminat bagi meningkatkan tahap kesedaran aktiviti kitar semula pada 12 hb. Disember yang lalu di Epal Quilt Shop, Medan Ipoh Bestari, Ipoh.

Tahniah kepada kesemua Ahli-ahli PUSPANITA yang hadir dari pelbagai lokasi di Perak yang telah memberikan sokongan padu dan sambutan yang amat menggalakkan.  Kesemua peserta yang telah mengikuti program sepenuhnya dari mula hingga akhir juga membawa pulang hasil kerja tangan, sebuah beg dari banner terpakai.

* Gambar-gambar berkaitan program boleh juga di lihat DI SINI