Kursus ini telah diadakan pada 19 hingga 24 Disember yang lalu di Pusat Kokurikulum Negeri di Selangor bagi Jurulatih-Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak.  Tahniah kepada kesemua peserta yang telah mengikuti kursus yang mencabar ini dan berjaya mendapat Sijil Penyelamat Kelemasan Sijil Pingat Gangsa (Bronze Medallion).

Sijil ini melayakkan pemegangnya berkhidmat sebagai Penyelamat Kelemasan.  Pihak sekolah yang ingin mendapatkan khidmat daripada mana-mana Jurulatih Pusat Kokurikulum yang memiliki sijil ini boleh menghubungi Pusat Kokurikulum Negeri melalui talian 05-6859100.