Penguatkuasaan Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2008 Keluaran 06 tahun 2013

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya,

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA JPN DAN PPD NEGERI PERAK

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkna bahawa Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2008 Keluaran 06 Tahun 2013 telah dkserahkan kepada Semua Ketua Sektor, Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Semua Pengurus Kualiti Sektor dan Semua Pengurus Kualiti Daerah.

Sehubungan dengan itu, PENGUATKUASAN PENGGUNAAN DOKUMEN KUALITI KELUARAN 06 TAHUN 2013 BAGI NEGERI PERAK (JPN DAN PPD) IALAH MULAI 27 MAC 2013 (RABU).

Sila semak dan teliti setiap proses mengikut prosedur kerja yang baharu.  Semua Prosedur Kualiti boleh dimuat turun daripada Portal JPN Perak (Unit Inovasi)

Taklimat Dokumen Kualiti akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

  • 4 April 2013 - Timbalan PPD dan Pengurus Kualiti Daerah
  • 8 April 2013 - Semua Ketua Unit JPN dan Pengurus Kualiti Sektor

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurus Kualiti Daerah/ Sektor masing-masing

Joomla SEF URLs by Artio